Mulakan Perniagaan Tanpa Modal Yang Besar

Dikala pandemik covid-19 melanda seluruh dunia yang memberi dampak yang sangat teruk terutama kepada ekonomi dan seterusnya pekerjaan. Ramai para pekerja diberhentikan “secara paksa” ekoran keadaan kewangan syarikat tidak mampu menampung para pekerja disebabkan beberapa hal, Contohnya banyak kerja yang tidak dapat dilakukan kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerjaan bagi membendung menyebaran virus yang lebih luas. Namun tidak dinafikan, kebanyakan online seller mula meningkat hasil jualan akibat stay at home dan work from home.Akibat dari perintah berkenaan, ramai yang terputus punca pendapatan sehingga ramai yang mencari jalan keluar dari masalah itu dengan memilih berniaga dari rumah dengan modal yang kecil. Pertumbuhan peniaga-peniaga baru sangat-sangat memberansangkan, bermula dari menjual ikan laga, dropshiper, makanan, minuman, peralatan rumah tangga dan juga barangan elektronik. Namun, tidak semua peniaga baru mampu berniaga dengan modal yang besar atas faktor kewangan yang tidak stabil atau tidak mempunyai simpanan yang banyak. Berikut 5 Idea untuk memulakan perniagaan dengan modal yang sedikit atau tanpa modal :-

1. Jika anda ingin memulakan perniagaan didalam sektor makanan dan minuman, anda tidak perlu membeli peralatan yang baru untuk memulakan perniagaan. Anda boleh memulakan perniagaan dengan peralatan sedia ada dirumah anda, kecuali anda tidak mempuyai perlatan tersebut, itupun disarankan agar tidak membeli peralatan yang harga yang mahal. Cukup sekadar yang mampu anda mulakan.

2. Dropshiper antara basic mulakan perniagaan tanpa modal, kerana dropshiper tidak perlu menyimpan barang. anda boleh mulakan dengan mengiklankan produk yang mendapat sambutan hangat di media yang anda punya, seperti WhatsApp Facebook Instagram dan sebagainya. Ini la masanya anda memanfaatkan rakan-rakan media sosial anda.

3. Zaman sekarang, ramai yang sudah mempunyai telefon pintar dan akibat Pandemik Covid-19 ramai orang meluangkan lebih banyak masa di media sosial dan bermain game. Anda boleh cuba menjual aksesori telefon pintar seperti USB cable yang panjang dari biasa atau wireless charger, pendingin telefon pintar.

4. Jika anda pandai mengedit video, membuat design grafik, copy writer dan lain-lain. Anda boleh memulakan perniagaan perkhidmatan dengan kepakaran yang anda miliki.

5. Menjadi admin page perniagaan di media sosial juga boleh menjadi salah satu jenis perniagaan, ia dikategorikan sebagai perkhidmatan. Selalunya perkhidmatan yang ditawarkan adalah, update post terbaru berkaitan perniagaan, info produk dan customer services.

Itulah beberapa idea perniagaan yang boleh anda cuba. Walaubagaimanapun, sesuatu jenis perniagaan bergantung pada tempat, cara mempromosikan dan permintaan pelanggan. Semoga Berjaya dan Bermanfaat !

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started