Pada awalnya, basikal sering digunakan kerana ia dijual pada harga yang mampu dibeli dan tidak memerlukan biaya tambahan seperti motorsikal. Namun, semenjak kebelakangan ini ketika seluruh dunia menghadapi pandemik Covid-19, harga basikal mahupun spare part basikal mula mengalami kenaikan harga kerana banyak permintaan dan pembekal tidak mampu menampung permintaan pelanggan.
Terakhir dikemaskini pada bulan febuari, harga basikal kini sudah melebihi harga 2 juta ringgit malaysia untuk sebuah basikal menurut sebuah laman portal https://coastinbikes.com/most-expensive-bicycles
Berikut adalah senarai 10 basikal yang termahal di dunia
1.Trek Butterfly Madone – Rm2,059,000.00
Inilah basikal yang berada berada di tempat yang pertama iaitu Trek Butterfly Madone. Harganya melebihi 2juta ringgit malaysia !!
Basikal ini adalah karya seni Damien Hirst dan di beli di acara lelong untuk mengumpulkan dana untuk Lance Armstrong Foundation.
2.Trek Yoshimoto Nara – Rm823,600.00
Basikal ini juga di jual bagi membantu Yayasan Lance Armstrong dalam acara lelong yang sama menjual basikal Trek Butterfly madone. Lance Armstrong pernah beberapa kali menunggang basikal ini di acara berbasikal yang besar.
3.KAWS: Trek Madone – Rm658,880.00
KAWS: Trek Madone ini dilancarkan sebagai bentuk memperjuangkan Yayasan Lance Armstrong untuk barah. Lance Armstrong mempersembahkan versi Trek Madone dan berkolaborasi dengan artis terkenal KAWS dengan kos sekitar Rm658,880.00
4.Aurumania Crystal Edition Golg Bike – Rm469,452.00
Basikal ini dilapisi emas 24karat, dihiasi dengan 600 kristal Swarovski dilengkapi dengan tempat duduk kulit jenama Brooks dan handle grip dibalut dengan kulit berwarna coklat dengan kos sekitar Rm469,452.00. Pertama kali dilancarkan pada tahun 2008 oleh syarikat Scandivania, Aurumania dan menjadikan basikal termahal pada ketika itu.
5.Trek Madone 7: Diamond – Rm308,850.00
Terdapat 14 karat emas kuning dan emas putih dengan tujuh berlian 1 karat pada basikal Trek Madone 7: Diamond ini. Didalam lelong yang sama dengan Trek yang lain, basikal ini berhasil dijual pada harga Rm308,850.00.
6.Chrome Hearts X Cervelo – Rm247,080.00
Basikal ini dikeluarkan oleh Casa de Chrome kerjasama Cervelo. Mahalnya basikal ini kerana karya seni yang terdapat pada basikal ini, antara karya seninya adalah salib yang dibuat dari silver, tempat duduk kulit dan cover rim yang bercorak.
Harga untuk sebuah basikal gunung ini sekitar Rm247,080.00 yang harganya 10 kali lebih mahal dari edisi yang biasa.
7.Montante Luxury Gold Collection – Rm189,428.00
Meskipun basikal ini nampak seperti biasa-biasa, namun terdapat emas 24 karat pada basikal ini. Basikal ini dibahagikan kepada empat bahagian utama, Golden Leaf, Kristal Swarovski, Kayu berkualiti tinggi dan kulit Python. Golden Leaf 24 karat pada bahagian frame dan bahagian lain, sebanyak 11ribu kristal Swarovski yang terdapat pada keseluruhan basikal ini, kayu keras walnut di bahagian peddal dan kayu berkualiti tinggi dibahagian fender dan posterior. Selain itu mereka menggunakan kulit Python bola Brazil pada tempat duduk, handle grip dan saddle.
jadi tidak heran kenapa basikal ini mahal.
8.eRockit’s Electric Assist Bike – Rm181,192.00
Harga basikal elektrik biasa dianggarkan sekitar Rm4,000.00, Namun eRockit’s Electric Assist Bike ini yang paling mahal kerana mampu bergerak sehingga 50 kilometer perjam dan sangat laju.
9.Litespeed Blade Bike – Rm167,923.80
Basikal ini diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi termasuk Titanium dan Carbon Fibre. Ia mampu dengan be laju dan sejauh mungkin disebabkan material dan design basikal ini.
10.Phanuel Krencker’s ‘Bicylettes de Luxe’ – Rm141,624.45
Di Pertunjukan Basikal Buatan Tangan pada tahun 2011 di Amerika Utara, basikal yang dibuat oleh Pereka Perancis Phanuel menarik minat kerana basikal ini dilapisi emas, kulit lembu khas dan penutup kepala tiub kristal Baccarat. Selain itu, basikal ini direka dari Crome, Carbon Fibre untuk memberikan keanggunan sekaligus keselamatan.

Itulah senarai basikal yang mahal didunia, walaubagaimanapun terdapat harga basikal yang mahal kerana hasil dari lelongan untuk tujuan amal dan nilai-nilai tersendiri seperti dilapisi emas, dihiasi kristal Swarovski dan juga Berlian.










