Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) merupakan inisiatif terbaharu kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Pada 17 Mac 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) menerusi perutusan khas secara langsung di televisyen dan media sosial.
Umum beliau, setiap perusahaan mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang layak akan menerima bantuan one-off sebanyak RM1,000. Berikut adalah syarat-syarat permohonan GKP 3.0:-
Syarat Kelayakan
GKP 3.0 dikhaskan bagi PKS yang tidak pernah menerima bantuan Geran Khas Prihatin sebelum ini.
Antara kelayakan umum Geran Khas Prihatin adalah:
- Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
- Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
- Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
- i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
- ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
- Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
- i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.
Tengku Zafrul berkata, bagi PKS mikro yang permohonannya tidak lulus dan belum menerima GKP sebelum ini, mereka masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan bagi semakan semula.
“PKS mikro yang layak untuk GKP 3.0 adalah perniagaan yang menepati kriteria PKS mikro dan juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, pihak berkuasa tempatan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri setakat 28 Februari 2021,” katanya.
Tarikh Permohonan GKP 3.0
Permohonan bagi GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April 2021 – 15 April 2021
Cara Permohonan GKP 3.0
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal GKP
(https://gkp.hasil.gov.my) yang disediakan oleh LHDNM mulai tarikh yang diumumkan nanti.
Permohonan secara manual tidak akan diterima.
Kaedah Bayaran
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan dan akaun bank mestilah aktif. Pemohon perlu mempunyai akaun bank simpanan/semasa kerana
pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.
Pembayaran GKP 3.0 akan mula dibuat pada Jun 2021.
Sebarang pertanyaan mengenai status semakan kemaskini GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).
source: https://ecentral.my/gkp-3-0/
