
GKP Permai atau GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.
Semakan status permohonan boleh dibuat di portal rasmi Geran Khas Prihatin bermula 24 Mac ini.
Seperti yang diumumkan dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia PERMAI, Kerajaan akan memperluaskan bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada 900,000 peniaga kecil dan sederhana (PKS) sehingga RM1,000.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perluasan inisiatif GKP Tambahan ini atau Geran Khas Prihatin Permai ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM883 juta.
Tarikh bayaran bagi Geran Khas Prihatin Tambahan ini adalah pada 25 Mac 2021. Manakala, bagi kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0 iaitu amaun tersebut akan dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang telah didaftarkan pada permohonan Geran Khas Prihatin sebelum ini.
Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.
Bagi GKP 3.0 di bawah pelan Pemerkasa, permohonan boleh di buat bermula 1 april 2021.

Untuk maklumat lanjut berhubung Geran Khas Prihatin Permai / Tambahan ini, sila rujuk FAQ rasmi oleh LHDN di pautan berikut:
